Monday, May 7, 2007

tahu ke tak tahu...

Buka Minda.. Buka Hati..Gunakanlah Otak ! Kalau kita betul-betul prihatin, saban hari saban waktu kita disajikan dengan pelbagai watak 'cakap tak serupa bikin' yakni baik di tv, media cetak mahupun depan mata sendiri. Baik yang terpelajar mahupun yang di'ajar' apatah lagi kalau yang suka berpolitik.... Sekilas lalu jika didengar, terdetik dihati "..alangkah bagusnya sidia (idea, cadangan mahupun pendapat).. iyalah orang terpelajar katakan". Itulah rentetan drama bagi yang ambil mudah dan yang mudah alpa ! Wahai manusia, kita dijadikan Allah sebaik-baik makhluknya... maknanya kita semua sama sahaja baik yang berpelajaran mahupun tidak, yang berjaya mahupun yang kurang berjaya, yang terkenal dan sebaliknya.... yang membezakan adalah cara kita menggunakan OTAK yakni BERFIKIR !!! Gunakanlah otak untuk menilai dan membuat keputusan. Dapatkanlah sumber maklumat baik yang di'sokong' mahupun tidak agar kita dapat menilai. Tak semestinya yang di'sokong' sentiasa betul..... manusia disisinya ada malaikat dan juga IBLIS SYAITAN !!! Buka minda... buka hati.... fikirkanlah !!!

No comments: